augmented-reality-malaysia-blippar-layar-2

BLIPPAR MEMBELI LAYAR

Kami terlebih dahulu mengenali platform augmented reality Layar sebelum Blippar, dan sedikit terkejut dengan pembelian syarikat ini ;)

augmented-reality-malaysia-blippar-layar

Apakah kebaikan daripada pembelian ini?
+ Keupayaan R&D bagi syarikat startup AR ini akan meningkat mendadak.
+ Mereka dapat mensasarkan pasaran lebih besar dengan servis baru.
+ Kemampuan mereka meningkat dan mampu bersaing dengan lebih baik dalam industri AR ini terutamanya Vuforia dan Metaio.

Menurut TechCrunch, Blippar; platform pengiktirafan imej mudah alih telah membeli Layar, platform AR yang menggabungkan komponen maya dalam imej-imej dunia fizikal dalam masa nyata menggunakan kamera pada peranti mudah alih. Walaupun Blippar belum lagi mengesahkan secara rasmi mengenai pengambilalihan ini, TechCrunch telah memperoleh memo asal daripada Ambarish Mitra, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Blippar, mengumumkan persediaan ke arah ini. TechCrunch juga melaporkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat pada 19 Jun ini.

Sumber

#AugmentedRealityMalaysia
#AugmentedReality
#TambahNilai 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>